Lokasi Kampung Parit Sapran, Kawasan 2, Mukim Api-Api terletak dalam kawasan
Parlimen Pontian P144 dan Kawasan DUN Pulai Sebatang N39, Jalan Pontian ke
Benut, kira-kira 4km dari Pontian belok ke kanan melalui Jalan Kayu Ara Pasong.
Ada tiga jalan penghubung ke kampong ini tetap kebanyakannya melalui Jalan Pt.
Hj Tahir atau Jalan Api-Api.Kawasan
2, Mukim Api-Api, Pontian, Johor telah diteroka pada tahun 1921 oleh beberapa
orang yang diketuai oleh Tn. Hj Sapran. Nama kampung ini adalah mengambil
sempena nama beliau. Ia terdiri beberapa kampung rangkaian seperti:-1)
Pekan Kayu Ara Pasong.
2)
Jalan Api-Api.
3)
Jalan Pt. Hj Abd Rahman.
4)
Jalan Pt. Hj. Omar.
5)
Jalan Pt. Sapran.
6)
Parit Sulaiman.
7)
Parit baru.
8)
Jalan Terus.
9)
Jalan Pt. Hj. Tahir.
10)
Jalan Pt. Kah Hoon.
Kini kawasan 2, Mukim Api-Api, Pontian
telah banyak mengalami perubahan yang agak pesat dengan adanya pembangunan
kemudahan asas yang telah disalurkan oleh kerajaan ke kampung untuk dinikmati
oleh seluruh penduduk kawasan ini.
No comments:
Post a Comment