Kampung Parit Sapran,
Kawasan 2 Mukim Api-Api, Pontian Johor telah di tubuhkan pada tahun 1921 oleh
seorang pengasas yang berkaliber dan bertanggungjawab iaitu Tn. Hj Sapran.
Beliau merupakan seorang yang berfikiran luas juga berpandangan jauh, nama
beliau diletakkan sebagai tunggak kemunculan asal kampung tersebut.
Selain daripada
itu, kampung tersebut telah mendapat nama dan kini ketua kampung yang
bertanggungjawab ialah En. Shahron Bin Taib. Tambahan lagi dengan keluasan
kampung seluas 791 hektar itu telah memuatkan jumlah penduduk yang begitu
ramai, angkanya seramai 3,840 orang dan bagi jumlah rumah ialah sebanyak 640
buah sekitarnya. Purata bagi jumlah penduduk terbagi kepada 3 jenis kaum iaitu
Melayu, Cina, India dengan nisbah 3,043 orang masyarakat Melayu, 782 orang
masyarakat Cina dan selebihnya 15 orang masyarakat india. Masing-masing terdiri
daripada peringkat umur iaitu lelaki dewasa (16 tahun ke atas) 1,061 orang, perempuan
dewasa (16 tahun ke atas) 1,361 orang, kanak-kanak lelaki (15 tahun ke bawah)
683 orang dan kanak-kanak perempuan (15 tahun ke bawah) dengan jumlah 735
orang.
Kategori tanah
yang diusahakan adalah pertanian yang berkeluasan 10 hektar. Pekerjaan utama
penduduk ialah petani, buruh ladang, anggota kerajaan dan kakitangan swasta.
Penduduk di sini mengusahakan tanaman utama iaitu kelapa sawit.
No comments:
Post a Comment